Pengalaman Guru Ganti


Assalamualaikum & hello semua. Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat & ceria.


OK, sepanjang aq hidup 23 tahun ni, baru kali ni aku nak share a few pengalaman hidup aku. Salah satunya jadi cikgu ganti. Sejujurnya, kerjaya cikgu bukanlah pekerjaan pilihan aku. Tapi nak buat macam mana, aku baru ja tamat belajar kat U. So tibai je lah kerja apa-apa pon. Asalkan halal & dapat duit daripada tanam anggur & habiskan beras mak pak hang. (nak terasa, silakan). And alhamdullilah, rezeki aku dapat jadi cikgu ganti lepas 1 minggu lebih apply. So kat sini aq kongsikan sikit cara-cara nak cari duit untuk fresh grad yang nak jadi cikgu ganti ni.

  1. Sediakan Salinan yang diminta (IC, surat beranak, sijil2 akedemik - SPM, STPM/Diploma, Degree).
  2. Sediakan gambar berukuran passport sekurang-kurangnya 3 keping. (Depend on PPD daerah masing2. Sebab PPD daerah aku mintak macam tu, so ikut ja lah). 
  3. Isi borang terus di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) area rumah hang.

So, tu ja. Simple kan. Tapi ni semua bergantung kepada kekosongan yang ada. Pekerjaan guru ganti ni kontrak dia tak lebih dari 3 bulan selalunya. Tapi jangan risau, dia akan renew kalau mana2 sekolah nak pakai hang lagi. Jadi tunjukkanlah dedikasi yang baik bila dah jadi cikgu ganti tu. Jangan complain banyak sangat mengenai pentadbiran sekolah. Kalau diorang minta jadi cikgu pengiring ka, buat tuisyen ka, jadi coach sementara ka, so buat ja. Memang kita rasa tak berbaloi dengan gaji yang kita dapat tapi mana tau, kot2 diorang akan tolong kita pada masa hadapan. Well we never know about future right, but still we need to have faith with almighty.


There’s a few tips I’m gonna share.
  • Be prepare bila pegawai PPD call kau. Sebab diorang akan tanya kau soalan2 yang berkaitan dengan cikgu. So jangan kau dok buat blur pulak. Kang tak jadi pegawai tu nak amik.
  • Ada setengah PPD daerah dia akan interview face to face dengan kau dulu. So best of luck lah ye. Macam kes aq dia call je tanya benda2 simple. 
  • Kalau dah dapat. Semestinya kau kena lapor diri di pejabat sekolah kan. So untuk sekolah sesi pagi, macam biasa lah, lapor pukul 7:30 am. Kalau untuk sesi petang, 12:00pm - 12:30pm dah kena lapor diri.
  • Sila pakai pakaian formal ya. Untuk cikgu subjek PJ, korang boleh bawa baju salin. Sebab macam kes aku, lepas lapor je terus aku kena mengajar. Terkejut wei, tapi aku control cool.
  • Untuk pemakaian T-shirt – Lelaki macam biasa tuck in baju. Perempuan pula pakai T-Shirt yang melebihi punggung anda & avoid white shirt.
  • Try to be extrovert ya. Tapi jangan terlebih kepochi pulak bila cikgu-cikgu lain tengah bergosip. Dengar gitu2 ja. Saja nak remind.
  • Bila dengan murid. Try to be tegas but friendly in the same time. Sebab budak2 zaman sekarang ni behaviour diorang agak WOW… haha… kurang kasih sayang agaknya…
  • Jangan malas tulis buku RPH (rancangan pembelajaran harian). Korang wajib tulis pakai tangan hantar setiap hujung minggu kepada panitia yang incharge… (xpe, nanti korang paham bila dah seminggu lebih mengajar).
  • Buka account KWSP ya. Pastu stanby Salinan no. KWSP & no. bank account. Terpulanglah nak bagi yang mana 1. Sebab lepas seminggu lebih ko mengajar, kerani pejabat akan minta.

Alright geng. Tu je yang aku dapat share. Kalau untuk bab gaji pula. Kau boleh refer balik kat offer letter yang PPD bagi. Contoh untuk daerah aku, selalunya gaji akan dikira dari 28hb sampai 28hb yang seterusnya. Pastu dia masuk lewat seminggu. Sebab dia nak kira berapa hari kita masuk kerja dalam sebulan tu, pastu nak minta kelulusan duit dari jabatan negeri pulak. So jangan nak kecoh pulak bila gaji lambat masuk. Sebab kau tu cikgu ganti je, bukan cikgu tetap.


Cikgu ganti ni dia kira macam pekerja sambilan harian (PSH). So fresh grad boleh la cuba ya. Selain jadi cikgu ganti, korang boleh try minta kat mana2 hospital or klinik. Kalau korang jadi PSH kat jabatan perubatan, tugas korang more to dealing with patient needs. Contoh tukar baju salin pesakit (kalau penjaga tak ada), deliver makanan ikut time. Tu je lah setakat apa yang aku Nampak. Korang tak de lah buat tugas-tugas nurse or doctor. Kang mati patient tu. Time pekerjaan pulak macam biasa dari 8am -5pm (office hour). Selalunya pekerja PSH akan pakai uniform colour putih, lebih kurang macam nurse, tapi taka da line biru atas kepala. OK, fakta yang paling penting, most hospital akan bayar rate SPM je, tapi kalau dia bayar level degree tu rezeki kau lah. Syukurrrr… 


Rate gaji:

SPM – RM54/hari

STPM/Diploma – RM72/hari

Degree – RM100/hari


 OK, I’m done. Tahniah untuk yang Berjaya jadi cikgu ganti & best of luck guys.

Ulasan